Friday 27 December 2013

Too much.







When you have a good heart,



You help too much.




You trust too much.




You give too much.




You love too much.




And it always seems you hurt the most.


_ credit; annaseskey







-- Because that too much
hurt you so much.



Friday 22 November 2013

Kamu,








Kawan, tolonglah berhenti anggap diri kamu lemah. Kita semua manusia. Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita sama. 

kurang ilmu agama, bukan alasannya. Ilmu Allah tu tak pernah habis. Yang penting usaha. Ilmu yang sikit, kalau disertai dengan amal, itu lebih baik. Apa guna banyak ilmu, tapi tak beramal. Kan? Mungkin kau beramal, dengan ilmu kau yang kau kata sedikit itu. Sekarang, kau lebih hebat :)

Aku percaya. Satu hari nanti, kau akan muncul, jadi seseorang yang hebat. 

Hebat peribadi. Hebat ilmu agama. Hebat hubungan dengan Pencipta. 
Biiznillah. InsyaAllah. Amin.




-- Psst, kalau aku percayakan kau. 
Kenapa tidak kau percaya dengan kebolehan diri kau? 





Semoga terus-terusan berjaya, Kawan. 
Aku ada, sokong kau dari jauh. 
Kecuali kalau Allah tarik nyawa aku lah. Waktu tu, takboleh buat apa dah. (Y)



--' kalau kau terasa.
Post ni memang aku tuju untuk kau. 
Eh? :D









Thursday 21 November 2013

Sayang, tinggal-tinggalkan. Eh?







' Tinggalkan sesuatu yang kita suka atau sayang, untuk sesuatu yang Allah lebih sayang. Akan datang, mungkin Allah akan pulangkan semula, apa yang telah kita tinggalkan, kalau itu yang paling baik untuk kita. Ataupun, Dia akan gantikan sesuatu yang kita tinggalkan itu dengan sesuatu yang lebih baik.  '

Aku masih lagi berkira-kira, untuk tinggalkan sesuatu yang aku sayang, untuk cari sesuatu yang hilang. Diri aku yang hilang. Hakikatnya jasad aku ada. Tapi hati aku? Kalaulah aku boleh gantikan hati aku dengan hati yang baru, memang dah lama aku buat. Tapi memang dah sah mengarut. 



Kalau fikir-fikir balik, apalah sangat sesuatu yang aku nak tinggalkan tu, dengan apa yang selama ni Allah bagi dekat aku. Aku yang tulis, memanglah senang. Tapi nak bila nak buat tu, Allah. Allah jelah yang tahu macam mana rasanya. Pengorbanan weh, Pengorbanan. 




Apa salahnya pengorbanan? Selama kau hidup menumpang dekat muka bumi Allah ni, apa je pengorbanan yang kau dah buat? Apalah nilai pengorbanan tu, kalau nak dibandingkan dengan kepastian nikmat Syurga yang Dia janjikan. Apalah nilai pengorbanan yang sedikit tu, kalau nak dibandingkan dengan cinta yang Dia berikan. Kasih sayang Dia, yang takkan pernah tertanding. Allah. 



Kadang-kadang bila sampai tahap aku terlalu gembira. Gembira dalam kelekaan dan kelalaian aku sendiri, aku jadi terdiam sekejap. Diam dan berfikir. Dalam gelak tawa aku bicara tentang hal-hal dunia, ada insan sebaya aku yang sedang menangis, gelisah mengenang segala dosa-dosa. Ada remaja yang sedang bersungguh-sungguh mencari masa untuk sujud kepada penciptaNya. Allah. Waktu tu, mati terus rasa gembira. Kalau masih boleh senyum pun, hanya mampu tersenyum pahit je. Apa bezanya aku dan dia? Aku remaja, dia juga remaja. Yang bezanya hati. Hati dia sarat dengan cinta Pencipta. Aku? Penuh dengan cinta dunia yang tak kekal lama. Astaghfirullahalazim.



Aku tahu, dekat luar sana ada ramai Abdullah Mujahid dan Mujahidah yang sedang berjuang habis-habisan, berperang dengan nafsu masing-masing, agar mereka tidak mudah terperdaya dengan tipu daya syaitan dan tipu daya dunia yang akan semakin menyesatkan mereka, dan menjauhkan diri mereka dari Allah, Kekasih abadi mereka. Takkan aku hanya nak tengok dan duduk diam-diam? Aku nak sertai mereka. Sebab aku tahu, sekali aku mulakan langkah, aku tak akan rugi sikit pun. 



Satu pesanan.
Kawan, kalau tiba-tiba kau rasa aku macam hilang. Tak kisah sama ada hilang dari pandangan, ataupun fikiran. Tak perlu risau. Sebab aku masih ada. Ada dari jauh, untuk terus sokong kalian. Cuma aku perlu masa. Nak cari diri aku semula. Nak baiki hubungan aku dengan Dia. Aku sedang cuba melangkah ke satu destinasi, yang aku tahu aku tak akan rugi. Menuju Dia, Allah Yang Esa. Dan aku harap, kamu pun akan melangkah ke jalan yang sama. Sebab aku sayang, dan aku harap kita boleh sama-sama bertemu Dia. Masuk ke dalam SyurgaNya. InsyaAllah. 













-- Aku remaja. Aku sedang mencuba.
Hajat doa kalian.Kerana dengan senjata doa,
buat aku semakin kuat.
; Izinkan aku mencari cinta dan redha Penciptaku.







Friday 15 November 2013

Smile :)




Rafiq Maqboo


Fathi oh Fathi. Kadang-kadang kau kena belajar. Belajar untuk gembirakan hati kau sendiri.Walaupun waktu tu hati kau tengah sakit. Sakit yang orang lain mungkin tak rasa macam yang kau rasa. Abaikan.
Kau masih boleh buat sesuatu yang kau suka. Sesuatu yang boleh buat kau gembira.

Majid Saeedi

Sebabnya, kau kena faham satu perkara. Orang sekeliling kau, belum tentu boleh buat kau gembira. Aku tak cakap tak boleh langsung. Cuma, belum tentu. Kadang-kadang lagi buat kau sakit hati adalah. Bukan nak sangka buruk. Tapi itu yang kau alami. Jadi, dari sekarang kau kena belajar gembirakan diri kau sendiri.


Muhammed Muheisen

Dan yang terakhir, kau kena sentiasa tenang. Ingat yang kau tak pernah dan tak akan pernah bersendirian. Allah tu sentiasa ada dengan kau. Sentiasa. Kadang-kadang kau kena ingat, macam-macam ujian yang kau hadapi, teruk macam mana pun kau rasa, ada insan lain yang mungkin rasa lebih teruk dari kau. Kunci dia sekarang, kau kena terus tenang dan sabar. Macam mana nak tenang? Ingat Allah banyak-banyak. Senyum.






-credit pic_artofdakwah


Monday 21 October 2013

Rindu.










17 February 2013, Kempen Jom Solat @ KLCC.
Aku rindu. Sungguh. 

Teringat lagi waktu mula-mula sampai dekat Masjid KLCC tu. Aku duduk agak jauh dari kumpulan muslimat yang lain. Kebanyakan mereka memakai niqab. Yang aku tahu dalam ramai-ramai tu, aku cuma kenal sorang. Kak Dya Mohamad. Tapi Kak Dya berpurdah. jadi aku tak dapat nak cam dia yang mana satu. Waktu tu memang rasa akward yang teramat. Lepas tu, ada seorang ukhti ni datang tegur. Ukhti yang tak dikenali. Sungguh. Even sampai sekarang pun aku tak tahu nama dia sebab tak sempat nak tanya. Lagipun, sepanjang program tu, aku tak tahu mana satu dia sebab dia pun berniqab. Yang aku tahu, umur dia 20 Tahun. Aku cakap dekat dia, yang aku segan sangat. First time join kempen macam ni. Then, dia cakap, '' kitaorang dekat sini pun tak kenal each other. Tapi lama-lama nanti okay lah. Akak pun waktu first time join, tak kenal sapa-sapa." . Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Nasib aku jenis yang boleh bersembang. Kalau tak, sampai ke habis program, ' krik..krik..krik.'. Lepas tu baru dia bawa Kak Dya jumpa dengan aku. First time juga jumpa Kak Dya. Yang aku perasan dengan muslimat disini, bila jumpa semua peluk dan laga pipi. Aku tak biasa. Tapi bila lama-lama, jadi terbiasa. Walaupun saling tak kenal, tapi rasa macam dah rapat. SubhanAllah. 

Lepas tu kitaorang dibahagikan dalam group masing-masing. Boleh tahan ramai jugak. Misi untuk edarkan pamplet kepada orang ramai. Group aku berjalan sekitar KLCC untuk edarkan pamplet. Nak ajak orang ramai  untuk solat berjemaah di masjid. Seronok. Lepas solat zohor, ada usrah. Ini yang paling best bagi aku. Pertama kali join usrah. Dan aku harap Allah izinkan aku untuk join mana-mana usrah lagi. Perasaan bila duduk dalam bulatan tu, MasyaAllah. Seronok sangat. Rasa tak nak balik. Tertautnya hati dalam mendapat redha Ilahi. Duduk dalam bulatan sambil berkongsi pengalaman yang mengingatkan diri kepada Dia. Honestly, aku rindu sangat perasaan tu. Aku rindu bila bersama-sama dengan mereka. Dengan mereka yang sama-sama nak mendekatkan diri dengan Allah. Bulatan gembira. Manisnya sentiasa terasa.

Kalaulah ada mereka-mereka yang rasakan usrah itu leceh. Menyusahkan. Sedikit pesanan dari saya yang tak sempurna ni, ' belajarlah untuk hargai usrah tu sebab ada banyak hati-hati diluar sana, yang rasa 'alangkah beruntungnya aku dapat sertai usrah'. '  Belajarlah menghargai. Belajar. 







Sunday 20 October 2013

Gusar.





 Takut. Aku jadi takut bila aku fikir tentang masa depan. Lebih-lebih lagi bila otak membayangkan, apa yang aku hajat tak kesampaian. Sesak bila tergambar wajah-wajah manusia yang jadikan aku ayam tambatan. Sakit bila raut wajah tenang mereka, aku hancurkan dengan berita kekecewaan. Nauzubillah.


" Sabarlah Fathi, kau dah usaha. Sekarang bukan masa kau toleh belakang lagi. Sekarang waktu kau serah segala usaha kau pada Dia. Doa. Tawakal. Rezeki ada pada Dia. Jangan putus doa.  Aturan Dia tak pernah sia-sia. " pujuk sang hati.


Sakitnya bersangka, seauatu yang belum pasti. Ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hati.Agar tak mudah terjebak dalam rasa ragu yang membinasakan diri.  Aamin.







Thursday 15 August 2013

Jatuh Cinta.




" Aku rasa aku dah jatuh cinta "

" Dengan siapa ?"

" Bahasa Arab "

" Huhh ? " Buat muka blur.

" Yelah. Bahasa Arab. Dengan belajar bahasa arab, aku dapat faham sikit-sikit bila baca Al Quran. Tak banyak, sikit pun jadilah. Plus, menambahkan semangat aku untuk terus belajar bahasa arab, supaya one day, aku dapat faham segala isi Al Quran dan cuba untuk amalkan. InsyaAllah :) "




------








_Aku harap Allah still izinkan aku untuk terus belajar Bahasa Arab. InsyaAllah, Amin.












Friday 2 August 2013

Maaf.







  Kenapa sukar untuk lafazkan perkataan 'Maaf',



Kepada; Ayah, Ibu dan adik beradik? 



Kalau diingat, terlalu banyak salah dengan mereka dari awal kehidupan 
sampailah sekarang.




Egokah aku? Mungkin ya. Entah.




ucapan maaf itu ada, tapi hanya tersimpan kemas dalam hati. Entah kenapa,
rasa macam tak mampu nak luahkan sebuah perkataan itu. 








_ Dear Family,Maaf, Aasif, I'm sorry. Saya tahu saya banyak buat salah. 
Saya bukan anak yang baik, dan saya bukan juga adik yang baik. Banyak kurangnya saya.
Ada tingkah laku saya, yang mungkin kalian tak senang, saya mohon maafkan saya. 





- - And Dear Friends, I'm sorry too. Selama tempoh saya kenal kalian,
Maaf atas segala silap dan keterlanjuran kata saya, yang buat kalian terasa hati dengan saya.





Maaf-Maaf-Maaf.










" Selamat Hari Raya "
 "Eidul Fitri Sa'id "





____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_Mudah untuk aku tulis, tapi masih sukar untuk aku ungkap. Harap suatu masa nanti, kalian akan baca.





Sunday 24 March 2013

Dia, Pemelihara :)








Dalam diam,
dengan penuh kerendahan,
aku jadi kagum,
dengan peribadi dan akhlakmu.










Dalam diam,
dengan penuh kerendahan,
aku jadi lebih kagum,
pada dirimu yang memelihara,
sehingga Al-Quran terpahat dihatimu.
SubhanAllah :)














Semoga suatu hari nanti, aku akan mengikut jejak langkah kalian.
Inshaa Allah :)







Sunday 24 February 2013

Kawan.






 





Nak cari kawan yang sebenar-benar kawan itu susah.
Nak cari kawan yang disisi ketika susah itu payah. 






Kalaupun wujudnya mereka,
mungkin antara satu dua orang
dari ramai-ramai orang yang wujud di muka bumi. 






Kerana aku tahu, 
untuk aku mendapatkan sahabat sahabat yang sejati,
yang sentiasa disisi itu-
merupakan satu pengharapan yang tersangatlah sukar.

















--Jadi sebelum aku mengharap,
biarlah aku dahulu yang menjadi
seorang kawan yang sebenar-benar kawan;
kawan yang baik,
kawan yang solehah,
kawan yang sentiasa ada dikala senang dan susah,
kawan yang akan bersama-sama mengingatkan diri kepada Allah ,
dan kawan yang menjalinkan ukhwah semata-mata kerana Allah :)
SubhanAllah^^






















-- Dan semoga ukhwah yang terjalin itu,
kekal sehingga ke Jannah. Amin.






Hati-hati









i
--Perkara yang paling saya benci tentang alam maya ialah
betapa gampang kita salah faham
dan betapa senang kita terasa hati.





ii
--Saya mula sedar-
kita takkan kecil hati dengan seseorang
melainkan kita ada hati dengan dia






iii
--Satu cabaran besar untuk kita tidak terasa hati
dengan ibu bapa atau adik beradik bilamana keluargalah 
yang paling kita kasihi. Dengan yang paling kita kasihi itulah
kita paling mudah tersentap rasa. Ibu bapa khususnya.
Tiap kali jadi begini, lekas-lekas istighfar, telan sedih
cuba luputkan perasaan itu dengan berfikir:






Waktu kecil dan sepanjang membesar itu, 
berapa kali ibu bapa terasa hati dengan aku?






Dan kita tidak berjumpa nombor.
Dan kita tidak ingat
Dan barangkali, ia cara Allah untuk berkata,
" terlalu banyak"
Dan itulah jawapannya.








-- Langit Vanilla;121




Saturday 23 February 2013

Pasrah Segalanya :)











Pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua mencipta.
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati.

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang menimpa diri
terasa bagai noktah telah ku temui
mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agarku tidak berhenti di pertengahan

Kini disini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malamku berkalut benci.

-- Dehearty- Pasrah Segalanya.

























Kerana aku percaya Allah ada bersama, aku pasrahkan segalanya kepada Dia. 
Takdir yang tertulis adalah ketentuan Dia, yang pastinya adalah ketentuan yang terbaik.
Kekuatan yang bersisa, adalah dari Dia. Tanpa Dia, aku tak tahu apa aku masih dapat bertahan.
Alhamdulillah :)








Cahaya










Cuba bayangkan kau berada dalam satu bilik yang gelap
sampaikan kau dah tak boleh nampak apa-apa lagi.
Pasti kau mencari cahaya, bukan? 
Tapi, macam mana kau nak jumpa cahaya,
sedangkan tak ada satu ruang pun yang membenarkan dia masuk?






















Begitu juga dengan Hidayah.
Allah memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakiNya.
                                                   



























         Hidayah itu ibarat Cahaya.
Ianya tidak menyapa kamar hati  yang tidak dibuka jendelanya. 










Thursday 21 February 2013

Asing.













Bila mana kita dah tak berada dalam satu aliran,
kita memang akan diorang-asingkan.

















" Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing 
dan akan kembali pula dalam keadaan asing. Maka berbahagialah
orang-orang yang dikatakan asing "

-- HR Muslim dari Hadith Abu Hurairah 
dan Ibnu Umar radhiallahu'anhuma






















Biar aku menjadi orang asing; dianggap asing atau terasing.
Kerana aku tahu Allah itu dekat. Sentiasa berada dengan aku. Sentiasa.
Allah, Allah, Allah.




















__________________________________

--- Sekarang, aku kehilangan mereka.
Tapi aku percaya, Allah akan gantikan mereka dengan yang lebih baik.
Mungkin dengan kehilangan mereka, aku dapat meletakkan pergantungan aku hanya kepada Allah.
Tak terjadi sesuatu perkara itu melainkan ada hikmah disebaliknya. Aku redha :)









Dakwah BUKAN kerja Ustaz dan Ustazah.




Assalamualaikum.






A :  Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Jaga diri sendiri sudahlah.
B :  Tak payah lah kau nak berceramah dekat aku macam ustaz/ustazah. Kau tu macam baik sangat. 
C :  Siapa kau nak tegur-tegur aku ni? Mak bapak aku pun tak sibuk hal aku. 




... dan macam -macam lagilah kata-kata tak sedap di dengar yang dilemparkan kepada golongan yang cuba untuk menasihati mereka. 





  Alahai,  mereka tu tegur untuk kebaikan kita juga. Kita ni kan manusia yang tak pernah lari dari melakukan silap. Hakikatnya diri kita ni memang perlukan bimbingan atau peringatan untuk kita terus melakukan kebaikan. Kata nak jadi Hamba Soleh/Solehah ? 


  Aku akui, aku bukan seorang yang baik. Aku juga manusia biasa sama seperti orang lain. Tak lebih dan tak kurang. Tapi, dakwah itu bukan tanggungjawab ustaz atau ustazah saja. Sesiapa saja boleh berdakwah. Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama untuk membawa manusia kembali mendekati Allah. Bawa kita kedalam suatu keindahan yang kita tak pernah rasa. Sambil kita berpesan-pesan kearah kebaikan, dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk beramal dengan setiap perkara yang kita dakwahkan. Sama-sama kita mendamba cinta abadi dari Dia. Cinta yang tak pernah mengecewakan kita. SubhanAllah, kan seronok tu? 


Kepada mereka yang pernah dinasihati, ditegur, di 'ceramah' dan sebagainya. Kami saling ingat-mengingati atas rasa sayang kami kepada kalian. Bila dah sayang, takkan nak biarkan orang yang kita sayang itu dihumban kedalam neraka Jahannam? Naudzubillah. Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara sedemikian. 


Hidup kita dekat dunia ni sementara. Tak ada apa yang boleh nak dibandingkan dunia yang sementara ni dengan kehidupan kita didalam syurga yang abadi. Syurga itu terlalu indah. Lebih indah dari infinity. Cuma yang peliknya, masih ramai yang seolah-olah tidak mahu masuk kedalam syurga. Bila ditanya mahu masuk ke dalam syurga atau tak, pasti jawapannya ya. Tapi masih leka lagi mengejar dunia. Harap-harap, kita tak termasuklah dalam golongan yang macam tu. Kita sama-sama berusaha untuk baiki diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Inshaa Allah^^

















 Andaikan aku bisa mengharap,
melihat orang yang dikenal dan tidak dikenal,
kembali kepada Tuhan,
dan mendapat cahaya Tuhan :)

-- Makrifat Cinta




Beginning.








Assalamualaikum.






   Alhamdulillah, aku, kau, dia, mereka dan kita semua masih berpeluang untuk bernafas lagi hari ini. Esok? Allahua'lam. Kita tak tahu bila ajal kita sampai. Harap-harap kehidupan kita dekat dunia yang sementara ini diakhiri dengan husnul khatimah . InshaaAllah. Amin. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk perbaiki diri kita. Semoga kita semua berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa ^^

   Cukuplah mukadimah aku untuk post pertama hari ni. Kalau panjang-panjang tak larat pulak nak baca kan? Ini blog aku yang entah ke berapa pun aku tak tahu. Kadang-kadang rasa rapuh hati ni nak terus menulis. Tapi atas dasar minat, aku teruskan. Lagipun, dengan menulis kita dapat amalkan satu sunnah Rasulullah iaitu tabligh (menyampaikan). Cuma, kalau nak menyampaikan tu, sampaikanlah sesuatu yang baik. Perkongsian yang dapat menjadi iktibar kepada orang lain untuk menjadi baik juga. Janganlah sampai cerita aib sendiri atau orang lain. Kan tak elok tu. 

   Kita sama-sama manusia yang tak pernah lari dari berbuat khilaf. Tapi, Allah dah berikan kita akal untuk kita berfikir. Jadi, sebelum buat apa-apa, fikirlah dulu baik buruk sesuatu. Kalau tersilap langkah, kita jugak yang susah kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Adalah hati-hati yang akan terasa. 

  Akhir kata, aku tak tahu nak kata apa. Salam Ukhwah Fillah :) Maaf untuk penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua sebab aku memang seorang yang sangat muda. Aku cuma nak mudahkan perkongsian.