Thursday 21 November 2013

Sayang, tinggal-tinggalkan. Eh?







' Tinggalkan sesuatu yang kita suka atau sayang, untuk sesuatu yang Allah lebih sayang. Akan datang, mungkin Allah akan pulangkan semula, apa yang telah kita tinggalkan, kalau itu yang paling baik untuk kita. Ataupun, Dia akan gantikan sesuatu yang kita tinggalkan itu dengan sesuatu yang lebih baik.  '

Aku masih lagi berkira-kira, untuk tinggalkan sesuatu yang aku sayang, untuk cari sesuatu yang hilang. Diri aku yang hilang. Hakikatnya jasad aku ada. Tapi hati aku? Kalaulah aku boleh gantikan hati aku dengan hati yang baru, memang dah lama aku buat. Tapi memang dah sah mengarut. 



Kalau fikir-fikir balik, apalah sangat sesuatu yang aku nak tinggalkan tu, dengan apa yang selama ni Allah bagi dekat aku. Aku yang tulis, memanglah senang. Tapi nak bila nak buat tu, Allah. Allah jelah yang tahu macam mana rasanya. Pengorbanan weh, Pengorbanan. 




Apa salahnya pengorbanan? Selama kau hidup menumpang dekat muka bumi Allah ni, apa je pengorbanan yang kau dah buat? Apalah nilai pengorbanan tu, kalau nak dibandingkan dengan kepastian nikmat Syurga yang Dia janjikan. Apalah nilai pengorbanan yang sedikit tu, kalau nak dibandingkan dengan cinta yang Dia berikan. Kasih sayang Dia, yang takkan pernah tertanding. Allah. 



Kadang-kadang bila sampai tahap aku terlalu gembira. Gembira dalam kelekaan dan kelalaian aku sendiri, aku jadi terdiam sekejap. Diam dan berfikir. Dalam gelak tawa aku bicara tentang hal-hal dunia, ada insan sebaya aku yang sedang menangis, gelisah mengenang segala dosa-dosa. Ada remaja yang sedang bersungguh-sungguh mencari masa untuk sujud kepada penciptaNya. Allah. Waktu tu, mati terus rasa gembira. Kalau masih boleh senyum pun, hanya mampu tersenyum pahit je. Apa bezanya aku dan dia? Aku remaja, dia juga remaja. Yang bezanya hati. Hati dia sarat dengan cinta Pencipta. Aku? Penuh dengan cinta dunia yang tak kekal lama. Astaghfirullahalazim.



Aku tahu, dekat luar sana ada ramai Abdullah Mujahid dan Mujahidah yang sedang berjuang habis-habisan, berperang dengan nafsu masing-masing, agar mereka tidak mudah terperdaya dengan tipu daya syaitan dan tipu daya dunia yang akan semakin menyesatkan mereka, dan menjauhkan diri mereka dari Allah, Kekasih abadi mereka. Takkan aku hanya nak tengok dan duduk diam-diam? Aku nak sertai mereka. Sebab aku tahu, sekali aku mulakan langkah, aku tak akan rugi sikit pun. 



Satu pesanan.
Kawan, kalau tiba-tiba kau rasa aku macam hilang. Tak kisah sama ada hilang dari pandangan, ataupun fikiran. Tak perlu risau. Sebab aku masih ada. Ada dari jauh, untuk terus sokong kalian. Cuma aku perlu masa. Nak cari diri aku semula. Nak baiki hubungan aku dengan Dia. Aku sedang cuba melangkah ke satu destinasi, yang aku tahu aku tak akan rugi. Menuju Dia, Allah Yang Esa. Dan aku harap, kamu pun akan melangkah ke jalan yang sama. Sebab aku sayang, dan aku harap kita boleh sama-sama bertemu Dia. Masuk ke dalam SyurgaNya. InsyaAllah. 













-- Aku remaja. Aku sedang mencuba.
Hajat doa kalian.Kerana dengan senjata doa,
buat aku semakin kuat.
; Izinkan aku mencari cinta dan redha Penciptaku.







No comments :

Post a Comment