Sunday 24 February 2013

Kawan.






 





Nak cari kawan yang sebenar-benar kawan itu susah.
Nak cari kawan yang disisi ketika susah itu payah. 






Kalaupun wujudnya mereka,
mungkin antara satu dua orang
dari ramai-ramai orang yang wujud di muka bumi. 






Kerana aku tahu, 
untuk aku mendapatkan sahabat sahabat yang sejati,
yang sentiasa disisi itu-
merupakan satu pengharapan yang tersangatlah sukar.

















--Jadi sebelum aku mengharap,
biarlah aku dahulu yang menjadi
seorang kawan yang sebenar-benar kawan;
kawan yang baik,
kawan yang solehah,
kawan yang sentiasa ada dikala senang dan susah,
kawan yang akan bersama-sama mengingatkan diri kepada Allah ,
dan kawan yang menjalinkan ukhwah semata-mata kerana Allah :)
SubhanAllah^^






















-- Dan semoga ukhwah yang terjalin itu,
kekal sehingga ke Jannah. Amin.






Hati-hati









i
--Perkara yang paling saya benci tentang alam maya ialah
betapa gampang kita salah faham
dan betapa senang kita terasa hati.





ii
--Saya mula sedar-
kita takkan kecil hati dengan seseorang
melainkan kita ada hati dengan dia






iii
--Satu cabaran besar untuk kita tidak terasa hati
dengan ibu bapa atau adik beradik bilamana keluargalah 
yang paling kita kasihi. Dengan yang paling kita kasihi itulah
kita paling mudah tersentap rasa. Ibu bapa khususnya.
Tiap kali jadi begini, lekas-lekas istighfar, telan sedih
cuba luputkan perasaan itu dengan berfikir:






Waktu kecil dan sepanjang membesar itu, 
berapa kali ibu bapa terasa hati dengan aku?






Dan kita tidak berjumpa nombor.
Dan kita tidak ingat
Dan barangkali, ia cara Allah untuk berkata,
" terlalu banyak"
Dan itulah jawapannya.








-- Langit Vanilla;121




Saturday 23 February 2013

Pasrah Segalanya :)











Pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua mencipta.
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati.

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang menimpa diri
terasa bagai noktah telah ku temui
mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agarku tidak berhenti di pertengahan

Kini disini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malamku berkalut benci.

-- Dehearty- Pasrah Segalanya.

























Kerana aku percaya Allah ada bersama, aku pasrahkan segalanya kepada Dia. 
Takdir yang tertulis adalah ketentuan Dia, yang pastinya adalah ketentuan yang terbaik.
Kekuatan yang bersisa, adalah dari Dia. Tanpa Dia, aku tak tahu apa aku masih dapat bertahan.
Alhamdulillah :)








Cahaya










Cuba bayangkan kau berada dalam satu bilik yang gelap
sampaikan kau dah tak boleh nampak apa-apa lagi.
Pasti kau mencari cahaya, bukan? 
Tapi, macam mana kau nak jumpa cahaya,
sedangkan tak ada satu ruang pun yang membenarkan dia masuk?






















Begitu juga dengan Hidayah.
Allah memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakiNya.
                                                   



























         Hidayah itu ibarat Cahaya.
Ianya tidak menyapa kamar hati  yang tidak dibuka jendelanya. 










Thursday 21 February 2013

Asing.













Bila mana kita dah tak berada dalam satu aliran,
kita memang akan diorang-asingkan.

















" Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing 
dan akan kembali pula dalam keadaan asing. Maka berbahagialah
orang-orang yang dikatakan asing "

-- HR Muslim dari Hadith Abu Hurairah 
dan Ibnu Umar radhiallahu'anhuma






















Biar aku menjadi orang asing; dianggap asing atau terasing.
Kerana aku tahu Allah itu dekat. Sentiasa berada dengan aku. Sentiasa.
Allah, Allah, Allah.




















__________________________________

--- Sekarang, aku kehilangan mereka.
Tapi aku percaya, Allah akan gantikan mereka dengan yang lebih baik.
Mungkin dengan kehilangan mereka, aku dapat meletakkan pergantungan aku hanya kepada Allah.
Tak terjadi sesuatu perkara itu melainkan ada hikmah disebaliknya. Aku redha :)









Dakwah BUKAN kerja Ustaz dan Ustazah.




Assalamualaikum.






A :  Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Jaga diri sendiri sudahlah.
B :  Tak payah lah kau nak berceramah dekat aku macam ustaz/ustazah. Kau tu macam baik sangat. 
C :  Siapa kau nak tegur-tegur aku ni? Mak bapak aku pun tak sibuk hal aku. 




... dan macam -macam lagilah kata-kata tak sedap di dengar yang dilemparkan kepada golongan yang cuba untuk menasihati mereka. 





  Alahai,  mereka tu tegur untuk kebaikan kita juga. Kita ni kan manusia yang tak pernah lari dari melakukan silap. Hakikatnya diri kita ni memang perlukan bimbingan atau peringatan untuk kita terus melakukan kebaikan. Kata nak jadi Hamba Soleh/Solehah ? 


  Aku akui, aku bukan seorang yang baik. Aku juga manusia biasa sama seperti orang lain. Tak lebih dan tak kurang. Tapi, dakwah itu bukan tanggungjawab ustaz atau ustazah saja. Sesiapa saja boleh berdakwah. Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama untuk membawa manusia kembali mendekati Allah. Bawa kita kedalam suatu keindahan yang kita tak pernah rasa. Sambil kita berpesan-pesan kearah kebaikan, dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk beramal dengan setiap perkara yang kita dakwahkan. Sama-sama kita mendamba cinta abadi dari Dia. Cinta yang tak pernah mengecewakan kita. SubhanAllah, kan seronok tu? 


Kepada mereka yang pernah dinasihati, ditegur, di 'ceramah' dan sebagainya. Kami saling ingat-mengingati atas rasa sayang kami kepada kalian. Bila dah sayang, takkan nak biarkan orang yang kita sayang itu dihumban kedalam neraka Jahannam? Naudzubillah. Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara sedemikian. 


Hidup kita dekat dunia ni sementara. Tak ada apa yang boleh nak dibandingkan dunia yang sementara ni dengan kehidupan kita didalam syurga yang abadi. Syurga itu terlalu indah. Lebih indah dari infinity. Cuma yang peliknya, masih ramai yang seolah-olah tidak mahu masuk kedalam syurga. Bila ditanya mahu masuk ke dalam syurga atau tak, pasti jawapannya ya. Tapi masih leka lagi mengejar dunia. Harap-harap, kita tak termasuklah dalam golongan yang macam tu. Kita sama-sama berusaha untuk baiki diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Inshaa Allah^^

















 Andaikan aku bisa mengharap,
melihat orang yang dikenal dan tidak dikenal,
kembali kepada Tuhan,
dan mendapat cahaya Tuhan :)

-- Makrifat Cinta




Beginning.








Assalamualaikum.






   Alhamdulillah, aku, kau, dia, mereka dan kita semua masih berpeluang untuk bernafas lagi hari ini. Esok? Allahua'lam. Kita tak tahu bila ajal kita sampai. Harap-harap kehidupan kita dekat dunia yang sementara ini diakhiri dengan husnul khatimah . InshaaAllah. Amin. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk perbaiki diri kita. Semoga kita semua berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa ^^

   Cukuplah mukadimah aku untuk post pertama hari ni. Kalau panjang-panjang tak larat pulak nak baca kan? Ini blog aku yang entah ke berapa pun aku tak tahu. Kadang-kadang rasa rapuh hati ni nak terus menulis. Tapi atas dasar minat, aku teruskan. Lagipun, dengan menulis kita dapat amalkan satu sunnah Rasulullah iaitu tabligh (menyampaikan). Cuma, kalau nak menyampaikan tu, sampaikanlah sesuatu yang baik. Perkongsian yang dapat menjadi iktibar kepada orang lain untuk menjadi baik juga. Janganlah sampai cerita aib sendiri atau orang lain. Kan tak elok tu. 

   Kita sama-sama manusia yang tak pernah lari dari berbuat khilaf. Tapi, Allah dah berikan kita akal untuk kita berfikir. Jadi, sebelum buat apa-apa, fikirlah dulu baik buruk sesuatu. Kalau tersilap langkah, kita jugak yang susah kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Adalah hati-hati yang akan terasa. 

  Akhir kata, aku tak tahu nak kata apa. Salam Ukhwah Fillah :) Maaf untuk penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua sebab aku memang seorang yang sangat muda. Aku cuma nak mudahkan perkongsian.