Thursday 21 February 2013

Beginning.








Assalamualaikum.






   Alhamdulillah, aku, kau, dia, mereka dan kita semua masih berpeluang untuk bernafas lagi hari ini. Esok? Allahua'lam. Kita tak tahu bila ajal kita sampai. Harap-harap kehidupan kita dekat dunia yang sementara ini diakhiri dengan husnul khatimah . InshaaAllah. Amin. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk perbaiki diri kita. Semoga kita semua berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa ^^

   Cukuplah mukadimah aku untuk post pertama hari ni. Kalau panjang-panjang tak larat pulak nak baca kan? Ini blog aku yang entah ke berapa pun aku tak tahu. Kadang-kadang rasa rapuh hati ni nak terus menulis. Tapi atas dasar minat, aku teruskan. Lagipun, dengan menulis kita dapat amalkan satu sunnah Rasulullah iaitu tabligh (menyampaikan). Cuma, kalau nak menyampaikan tu, sampaikanlah sesuatu yang baik. Perkongsian yang dapat menjadi iktibar kepada orang lain untuk menjadi baik juga. Janganlah sampai cerita aib sendiri atau orang lain. Kan tak elok tu. 

   Kita sama-sama manusia yang tak pernah lari dari berbuat khilaf. Tapi, Allah dah berikan kita akal untuk kita berfikir. Jadi, sebelum buat apa-apa, fikirlah dulu baik buruk sesuatu. Kalau tersilap langkah, kita jugak yang susah kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Adalah hati-hati yang akan terasa. 

  Akhir kata, aku tak tahu nak kata apa. Salam Ukhwah Fillah :) Maaf untuk penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua sebab aku memang seorang yang sangat muda. Aku cuma nak mudahkan perkongsian.








No comments :

Post a Comment