Tuesday 16 September 2014

Takdir.






' Untuk kita manusia, Tuhan tak pernah beri kisah sia-sia '

Perjalanan kita panjang, Kita tak mampu nak agak apa yang akan teman kita, sepanjang kita nak lalui jalan ni. Mungkin gembira, mungkin sedih, mungkin pahit. Tapi, cukuplah kalau kita percaya kepada Dia yang Ciptakan kita, dan Yang Menciptakan jalan yang sedang kita tempuh. 

Alhamdulillah. Banyak benda aku belajar dan aku dapat daripada pengalaman yang Allah letakkan dalam hidup aku. Pengalaman yang aku tak pernah pilih. Aku tak dapat apa yang aku nak. Mungkin aku terkilan. Tapi apa yang aku tak nampak, rupanya Dia gantikan aku dengan sesuatu yang biasa-biasa, tapi berikan impak luar biasa untuk aku. 

Aturan Dia sangat indah. Indah jika kita letakkan kepercayaan seratus peratus pada Dia. Indah jika kita sentiasa bersangka baik dengan aturan dariNya buat kita. Kerana Takdir-Nya tak pernah kecewakan kita. Mungkin permulaannya nampak pahit, tapi akhirnya kita akan nampak kemanisan yang menanti kita. 

Dan aturanNya indah, buat mata-mata yang melihat dengan pandangan hikmah. Yang berfikir dengan hikmah. Bukan hanya dengan pandangan cinta kepada dunia yang mengaburi pandangan mata kita, sehingga menjauhkan kita dari landasan kita yang sebenar-benarnya. --landasan yang membawa kita menggapai redha-Nya.