Saturday 17 May 2014

Biasa.







Assalamualaikum.
Lama tak menaip. Blog makin hambar. Aku tahu. 
Perasaan membuak-buak nak menulis, 
Harapnya aku tak tulis benda yang kosong. 
Dan kalau panjang meleret, maaf.
-
-
-
-
-
-

Aku masih macam dulu. Tapi dari segi fizikal, mungkin dah gemuk sikit. Orang kata lah. 

Aku cuba sesuaikan diri dengan kehidupan asrama. Tak perlu describe, sebab kehidupan aku biasa, sama macam yang kehidupan budak-budak asrama yang lain. 

Masam. Manis. Pahit. Tawar. Hambar. 
Semua perasaan bercampur baur jadi satu rasa yang aku tak pandai nak explain rasa dia macam mana. Tapi tak apa, aku percaya ada hikmahnya. Ini pelajaran untuk aku. 

Dekat sini aku belajar, betapa pentingnya kawan yang baik dalam hidup kita. Sebab kawan yang baik tu mempengaruhi peribadi kita. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadi solehah. Baik kawan kita, baik jugalah kita. Biasalah remaja, kuat terpengaruh. 

Dan aku belajar, betapa pentingnya kita menilai seseorang dengan mata hati bukan mata kasar. Sebab tak semua orang yang kita anggap baik betul betul baik, dan tak semua yang kita anggap tak baik tu jahat. Dan orang yang menilai sendiri pun belum tentu baik. Manusia berbeza-beza dan semestinya tak sempurna. 

Aku tak pernah sangkakan cabaran dekat sini boleh tahan hebatnya. 
Memang. Mana ada jalan mudah untuk berjaya. 

dan tak ada jalan mudah juga untuk ke Syurga Dia. 





Doakan aku. 
Doakan kita semua.
Semoga Dia mudahkan urusan kita.
Semoga dengan rahmatNya, kita sentiasa berada diatas landasan yang betul. 
landasan yang Dia redha. 

Jangan bertangguh, bila disapa hidayahNya. 
Bila lagi kita nak tunggu untuk berubah? 
Sampai bila kita nak terus hidup dalam kegembiraan dan kelekaan dengan dunia seolah-olah
kita hidup di dunia selama-lamanya. 
Sedangkan masa kita terlalu singkat. Rebutlah peluang selagi Dia beri masa. 

Ujian tu pasti ada. 
Tapi ujian itu bukan melemahkan, bahkan menguatkan. 
Dan ujian itu juga mendekatkan. 
Mendekatkan kita, hamba dengan Penciptanya. 

--Pesanan buat diri juga.
Kerana aku bukan sempurna. Aku masih dalam usaha. 
Bila ada orang yang memberi nasihat, tak perlu tengok siapa orangnya, tapi ambil nasihatnya. 

Hati kita ni sebenarnya hajatkan nasihat dan tazkirah.
Sebagai peringatan buat diri kita.
Sebagai makanan buat hati-hati kita.

Semoga kita mampu beramal dengannya.
dan Semoga Allah redha. InsyaAllah.