Sunday 18 September 2016

Rehlah@ FRIM Kepong.


 Assalamualaikum. Lama rasanya tak tulis apa-apa dekat blog ni. Rindu sebenarnya. Bila nak tulis je, waktu tu lah internet slow, laptop hang, masa tak ada. Rasanya dah boleh stop beralasan kan?  Okay balik pada cerita asal. 

Hujung bulan 8 haritu adalah plan untuk buat rehlah dengan group usrah. . Ikutkan nak pergi hiking dekat Bukit Broga sebab situ lagi dekat dengan tempat belajar, tapi semua tak ada lesen jadinya kena tukar plan. 

Cari punya cari, tiba-tiba teringat dekat FRIM. Dua tahun belajar dkt smakl, hidup dekat kepong, tapi tak pernah dapat jejak FRIM ni. Sebelum pergi sana, adalah buat research sikit pasal transport dengan aktiviti yang boleh buat dekat sana. Dah lah tak pernah pergi, lepas tu nak bawak anak orang yang datang dari negeri-negeri lain, kalau jadi apa apa kan payah? 

Lepas buat research, berbekalkan rasa berani sikit, selebihnya memang tawakal dekat Allah, kitaorang  seramai 10 orang , redah je pergi FRIM. Sebenarnya usrah ada 8 orang je, tapi campur dengan housemate yang nak join sekali, jadilah 10 orang. Ramai-ramai terasalah selamat sikit.

Sebelum pergi tu, aku pesan awai awai dah dekat usrah aku, perjalanan kita ni jauh, sangat-sangat. Bangi ke Kepong naik public transport. Kena tukar tukar transport lagi. Benda paling penting kena letak dalam diri adalah sifat SABAR. 

Bismillahirahmanirrahim,




Pagi-pagi tu , pukul 7 pagi kitaorang gerak pergi KTM Bangi naik kereta sewa dari kuis. 
Setengah jam lepas tu baru tren sampai. Bangi ke KL Sentral. 


Dekat Kl Sentral, tren nak ke kepong tu sampai awal, tapi dekat setengah jam lagi lah nak tunggu dia jalan tu. Macam yang awal-awal aku pesan tadi, memang kena sabar lebih, Kalau tak sabar, mungkin akan effect kepada masam muka, dll. Kan tak seronok kalau pergi ramai-ramai, tapi ada yang buat muka masam, tak seronok, bosan dan macam-macam muka lain yang dalam tak sedar boleh kecikkan hati orang yang tengok kita? 

Ha lupa nak cerita, sebelum pergi sana abah ada suruh install apps Grab, kalau-kalau tempat tu susah nak dapat cab. Aku download je, sehari sebelum tu ada lah explore benda tu, tapi macam tak berapa nak reti guna je, Biarkan jelah benda tu dulu. 

Lepas dari perjalanan jauh dalam tren Bangi-Kl Sentral-Kepong, sampaikan ada yang dah lena dalam tren, dalam pukul 10.30 macam tu, kami sampai KTM Kepong. Selalunya dkt KTM , akan ada teksi yang tunggu. Tapi KTM kepong ni macam kawasan perumahan. Memang risau habislah sebab ingatkan tak ada teksi. Rupanya dari KTM tu, kena jalan sikit pergi jalan besar, then dekat situ akan nampak bustop yang siap ada teksi. Lega !


Sampai dekat FRIM. Sorang kena bayar RM 1 untuk masuk.  Waktu dekat Main Entrance, ada nampak signboard sewa basikal, tapi tak nampak pun tempat tu. Pak Guard tu habaq, lagi 2km baru jumpa tempat sewa basikal. Kalau tengok map frim tu, memang jauh nak jalan ke picnic area. Tapi memang tujuan asal pergi sini, untuk picnic, so kena bertabahlah jalan kaki pergi sana.

Kitorang tak pergi canopy walk sebab tiket terhad dan kebetulan kitorang pun sampai lambat dekat sana, jadi tinggal kenangan jelah nak naik canopy walk tu. 

Sampai dekat tempat sewa basikal, bila tanya harga, RM5-8/hour. Semua tak jadi sewa basikal lepas tu nak sambung jalan kaki je. Kitorang pun dah separuh jalan nak sampai picnic area tu. 

Tapi sebelum tu kitorang breakfast dekat kafe dalam frim. Harga dia standart je rasanya. Tak mahal, tak murah, ikut apa yang kita makan lah. 

Lepas makan, waktu nak sambung jalan tu, ada 4 orang dari kitorang plan nak patah balik sebab katanya ada nampak tempat sewa basikal dekat luar, RM 8/sehari. 

Yang lain pun teruskan jelah perjalanan nak sampai dekat picnic area. Dengan harapan nak mandi air terjun. 



Tapi harapan nak mandi air terjun tu, sedih sikitlah sebab air dia cetek sangat. Tak sesuai untuk mandi-manda. Kalau takat nak main air sikit-sikit tu okaylah. 

Tapi untuk ambik gambar, memang cantik ! Yang tu tak tipu ^^ 


Ni usrah-mate saya. Tak cukup sorang :(
Muzium Rumah terengganu. Ada lagi rumah lain, tapi tak tengok.


Kitorang bertolak balik ktm lepas zuhur. Dalam tu ada surau yang selesa, dan mesra muslimah. Jadi muslimah-muslimah semua jangan risau.   

Keseluruhan daripada perjalanan dekat sini, dari segi duit, bila pergi ramai-ramai insyaAllah tak guna duit mahal sangat, sebab tambang cab, bahagi dengan berapa orang yang naik tu. Kalau ktm tu, lebih baik pakai touch n go sebab ada diskaun sikit dari bayar cash, lepas tu kad lagi mudahkan perjalanan. 

Kalau makanan, bawak bekal pun lagi seronok. Baru terasa macam picnic. Kalau nak beli dalam tu pun okay je. 

Macam mana nak pergi FRIM naik public transport? Dari KL Sentral, naik tren yang hala ke Tanjung Malim, lepas tu berhenti dekat KTM Kepong/ Kepong Sentral. Kepong Sentral lagi dekat dengan FRIM. Dari sana, ambik cab pergi FRIM.

Kalau nak balik pulak, Seriously, apps grab tu memang membantu. Susah nak dapat teksi dari FRIM. On je location kita dkt fon, lepas tu tulis nak pergi mana. Contohnya FRIM nak pergi KTM. Dia akan carikan kita teksi, lepas tu siap bagitahu teksi tu ada dekat mana and lagi berapa minit dia nak sampai. InsyaAllah uncle tu datang on time. 

Pasal basikal sewa, lebih baik ambik dekat luar. Waktu sampai Frim tu, ada satu lorong sebelum main entrance, dekat situ ada basikal sewa RM8 sehari, lagi berbaloi daripada dekat dalam, RM 5-8 sejam. Kalau taknak basikal, maka silalah bakar lemak anda dengan berjalan kaki. Tapi tak penat pun sebab kiri kanan pokok-pokok, lepas tu jalan dengan kawan-kawan, best je. 

Kalau yang naik kereta, bawak jelah kereta masuk. Lagi senang. 
Rasanya sampai situ je kot, cerita pasal FRIM. Kalau ada cerita lagi, insyaAllah akan di update lain kali, kalau tak busy.

*****



Setiap perjalanan kita, tak kira mana-mana pun kita pergi, 
akan ada hikmah yang tersembunyi.

Jauh atau dekat, kita masih berjalan di bumi Tuhan. 
Maka ambil ibrah dalam setiap perjalanan. 

Kadang-kadang dengan sekecil-kecil perkara yang kita lihat, atau berlaku dalam hidup kita, boleh jadi asbab hidayah kepada kita. Boleh jadi asbab kita lebih mendekatiNya. 

Gunakan mata kita, untuk lihat kebesaran Allah dalam setiap langkah kita, 
Akal kita, untuk berfikir tentang segala ciptaanNya. 

Jangan sia-siakan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. 

_Pesanan untuk diri, Fathi 18092016


Sunday 10 April 2016

Dia Tahu



Allah lebih tahu,
Mana arah kau akan tuju
Dari jalanan yang penuh liku.

Kerana setiap takdir penentu
Adalah yang terbaik,
Untuk hidup dunia-akhiratmu

Percaya kepada Allah.
Hebatnya perancangan melebihi sangkaan,
Buat tunduk jiwa jiwa insan,
Yang menjadikan Tuhan sebagai sandaran.

Jangan sesekali putus harapan,
Seperti jiwa yang tidak bertuhan,
Kerana kasihnya terlalu berlebihan,
Buat hambanya bergelar insan.