Wednesday 17 December 2014

Beza

Bismillahirahmanirahim.





' Bestnya dia anak orang kaya '

' Untungnya dia pandai '

' Apa yang dia nak semuanya dapat '

' Aku rasa life dia ni almost perfect la '

' Aku ni biasa-biasa je '





Pernah tak kita pandang kehidupan orang lebih baik dari kehidupan kita?
Pernah tak kita rasa yang kehidupan orang sangat-sangatlah beruntung nak dibandingkan dengan kita?
Dan semestinya pernah terdetik dekat hati kita, ' alangkah baiknya kalau aku jadi dia '.


Dalam pada kita sibuk pandangkan kelebihan dia dan hidup dia. Bayangkan jika kehidupan kita sebaik kehidupan dia, mungkin, dia pun tengah membayangkan alangkah baiknya kalau kehidupan dia sebaik kehidupan kita. Nahh, pernah ke kita rasa apa yang dia rasa ? 


Apabila ,

Rakyat bandingkan kehidupan dia dengan kehidupan perdana menteri.
Kerani bandingkan kehidupan dia dengan pegawai.
Nurse bandingkan kehidupan dia dengan doktor. 
Dan kita pula sibuk membayangkan kehiupan yang lebih perfect daripada apa yang kita ada.

Ada manusia-manusia yang punya kehidupan yang lebih dhaif daripada kita,
Dan yang lebih menariknya, mereka sangatlah bersyukur.





Sebenarnya apa yang paling penting adalah sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi dalam hidup kita.
Kalau betul kita bersyukur, takkan sesekali kita nak merungut dengan apa yang kita punya.
Kalau betul kitabersyukur, takkan sesekali kita merungut bila Allah beri kita ujian.
Kalau betul kita bersyukur, takkan sesekali terdetik dekat hati kita ni nak membanding-bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain.


Dah kata, hidup kita ni macam roda. Kadang dekat atas, kadang dekat bawah.
Kalau kita asyik nak bandingkan kehidupan kita dengan mereka-mereka yang ada dekat atas kita, bila kita nak bersyukur?
Sedangkan ada orang yang lebih susah daripada kita, lebih teruk kehidupan mereka nak dibandingkan dengan kita. Tapi pernah kita fikir tentang mereka ?

Tanya diri. Tanya hati.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Untuk kehidupan kita. Kalau kita sentiasa pandang sesuatu dengan hikmah, kita akan nampak betapa sayangnya Allah dekat kita. Tak ada perkara yang jadi dengan sia-sia, melainkan Dia dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita.


Tak perlu merungut, tak perlu pertikai, tak perlu bandingan.
Kerana Allah itu mengetahui.



' Sesiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat-Nya. 
Sesiapa yang kufur, ingatlah azab Allah sangat pedih '




Tuesday 25 November 2014

Novel Cinta Sampai Syurga.

Bismillahirahmanirahim.

Bila kita letakkan diri kita sebagai orang Al-Quran,
Kita rasa dan sedar yang kita sedang bawa Al-Quran.
Kita akan sentiasa jaga diri kita.
Sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tindakan kita.
Elakkan daripada buat kemungkaran.
Dan sentiasa usaha untuk tambahkan amalan.



-- Sebab kita tahu, pandangan orang pada kita, 
sebagai 'orang-orang Al-Quran'.
Kita tahu yang kita sedang bawa sesuatu yang mulia., sesuatu yang suci.
Takut kita jadi fitnah.
Sebab sesuatu yang suci, takkan senang-senang masuk dekat tempat yang kotor.



Tak rugi aku sengaja isi air dekat water cooler malam tu slow-slow. Dapat aku dengar perkongsian seorang ustazah dekat budak-budak ulul albab ni. 





Bacalah Al-Quran.
Fahamkan makna. 
Sebab-sebab turun ayat. 

Serius. Tak rugi pun.
Sikit pun tak,
Semoga Allah redha dengan kita :)


Saturday 1 November 2014

Dunia.








Dunia. 
Kadang-kadang dunia ni menakutkan.

Dekat dunia, kita akan jumpa ramai orang; dengan macam-macam ragam yang kita tak sanggup pun nak hadap. Kita akan jumpa macam-macam benda yang mendorong kita untuk benda yang Allah larang. Memang dekat dunia ada je benda-benda yang baik. Tapi memang manusia lebih cenderung untuk nampak keburukan berbanding kebaikan. Dunia yang penuh dengan tipu-daya, dan kita lah orang yang tertipu tu. 





Betul. Kadang-kadang rasa tak tahan nak duduk dekat dunia. Nak buat baik, ada je halangan. Buat jahat senang pulak. Siap ramai geng lagi yang jadi penyokong; sama ada yang nampak atau tak nampak. 

Itulah ujian kita. Mana ada orang yang kata dia beriman, tapi tak diuji. Allah nak tengok kesungguhan kita. Sejauh mana usaha kita, untuk betul-betul mengabdikan diri dekat Dia.Untuk betul-betul dekatkan diri dengan Dia. Sejauh mana usaha kita di dunia, untuk kehidupan akhirat kita. 

Dunia ni cuma wasilah, untuk sampai ke negeri akhirat. Dunia ni tempat untuk kita menanam, dan akhirat nanti, tempat kita tuai hasil yang kita tanam di dunia. Kita tak mampu nak lari dari halangan-halangan dunia. Kita takkan mampu lari dari ujian-ujian yang akan wujud depan mata kita. Untuk kita sampai ke syurga, memang kita memerlukan dunia. 





Bukan nak salahkan dunia.
Sebab point penting dekat sini bukan nak cerita pasal teruknya dunia.
Tapi tentang macam mana kita isi kehidupan kita dekat dunia.
Baik atau buruk, terpulang kepada pilihan kita. 

Kalau seseorang tu, bersungguh untuk dapatkan sesuatu, 
Dia akan usaha. 

Walaupun tengah hujan lebat, kalau dia tak ada payung, dia tetap sanggup nak redah. 
Biarlah demam pun. 
Dia tetap akan usaha. 

--  Tanpa alasan. 


Doalah pada Allah. 
Semoga Dia bagi kita kekuatan, untuk berhadapan dengan ujian-ujian dunia. 
Semoga ujian-ujian tu buat kita makin dekat dengan Dia, bukan menjauhkan. 
Menguatkan bukan melemahkan. 


Teruslah buat kebaikan.
Usahalah buat kebaikan.
Dunia ni sekejap je. 


Sekejap sangat.

Friday 17 October 2014

Memory.

Embedded image permalink



Rindu. 
Kalau rindu tu satu objek, 
Mungkin kau boleh nampak betapa besarnya rindu aku pada kenangan. 
Kenangan dengan tempat-barang-makanan-momen--lebih-lebih lagi manusia yang pernah wujud dalam hidup aku.

tapi kenangan tetap kenangan. 
Tak salah untuk rindu, tak salah untuk mimpi, tak salah nak kenang atau ingat. 
Cuma satu yang kau kena tahu, 
kenangan adalah satu benda yang terlalu jauh untuk kau capai. 




Pandang depan bukan bermakna melupakan terus kenangan. 
Cuma jangan biarkan kenangan-kenangan yang ada, terus menghantui hidup kau, sampaikan kau tak mampu nak teruskan kehidupan. 


Move on. Teruskan perjalanan. Sebab kiri kanan tanggungjawab menanti. Entah mampu entah tidak. 
Allah saja tahu. Tanggungjawab anak, adik, pelajar bahkan sebagai khalifah di muka bumi Tuhan. Dan semuanya perlukan perjuangan-pengorbanan; bukan hanya kau yang duduk sendiri meratapi kenangan,

Teruslah melangkah, dan mencipta kenangan.
Semoga kenangan-kenangan hadapan, lebih indah dan manis untuk kau simpan.









-Salam kenangan,
Semoga sentiasa berada di bawah redha Tuhan.


Tuesday 16 September 2014

Takdir.






' Untuk kita manusia, Tuhan tak pernah beri kisah sia-sia '

Perjalanan kita panjang, Kita tak mampu nak agak apa yang akan teman kita, sepanjang kita nak lalui jalan ni. Mungkin gembira, mungkin sedih, mungkin pahit. Tapi, cukuplah kalau kita percaya kepada Dia yang Ciptakan kita, dan Yang Menciptakan jalan yang sedang kita tempuh. 

Alhamdulillah. Banyak benda aku belajar dan aku dapat daripada pengalaman yang Allah letakkan dalam hidup aku. Pengalaman yang aku tak pernah pilih. Aku tak dapat apa yang aku nak. Mungkin aku terkilan. Tapi apa yang aku tak nampak, rupanya Dia gantikan aku dengan sesuatu yang biasa-biasa, tapi berikan impak luar biasa untuk aku. 

Aturan Dia sangat indah. Indah jika kita letakkan kepercayaan seratus peratus pada Dia. Indah jika kita sentiasa bersangka baik dengan aturan dariNya buat kita. Kerana Takdir-Nya tak pernah kecewakan kita. Mungkin permulaannya nampak pahit, tapi akhirnya kita akan nampak kemanisan yang menanti kita. 

Dan aturanNya indah, buat mata-mata yang melihat dengan pandangan hikmah. Yang berfikir dengan hikmah. Bukan hanya dengan pandangan cinta kepada dunia yang mengaburi pandangan mata kita, sehingga menjauhkan kita dari landasan kita yang sebenar-benarnya. --landasan yang membawa kita menggapai redha-Nya.



Monday 9 June 2014

Roda






Sebab hidup kita ni memang macam Roda.
Kita akan ada dekat atas.
Kita akan ada dekat bawah. 
Normal. 


Sebab tu waktu kita ada dekat atas, 
kena rajin-rajin jenguk dekat bawah. 
Supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. 
Jangan terlalu bongkak. 


Dan bila kita ada dekat bawah,
rajin-rajin ingat apa yang pernah kita ada,
waktu kita dekat atas, 

-Lagi satu, 
bila kita tahu dan sedar kita ada dekat bawah,
jangan stay lama-lama.
Tak seronok pun. 
Takut lama-lama, kita dah tak jumpa jalan.


Jalan untuk kembali :)














_Pesanan untuk diri. 





Saturday 17 May 2014

Biasa.







Assalamualaikum.
Lama tak menaip. Blog makin hambar. Aku tahu. 
Perasaan membuak-buak nak menulis, 
Harapnya aku tak tulis benda yang kosong. 
Dan kalau panjang meleret, maaf.
-
-
-
-
-
-

Aku masih macam dulu. Tapi dari segi fizikal, mungkin dah gemuk sikit. Orang kata lah. 

Aku cuba sesuaikan diri dengan kehidupan asrama. Tak perlu describe, sebab kehidupan aku biasa, sama macam yang kehidupan budak-budak asrama yang lain. 

Masam. Manis. Pahit. Tawar. Hambar. 
Semua perasaan bercampur baur jadi satu rasa yang aku tak pandai nak explain rasa dia macam mana. Tapi tak apa, aku percaya ada hikmahnya. Ini pelajaran untuk aku. 

Dekat sini aku belajar, betapa pentingnya kawan yang baik dalam hidup kita. Sebab kawan yang baik tu mempengaruhi peribadi kita. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadi solehah. Baik kawan kita, baik jugalah kita. Biasalah remaja, kuat terpengaruh. 

Dan aku belajar, betapa pentingnya kita menilai seseorang dengan mata hati bukan mata kasar. Sebab tak semua orang yang kita anggap baik betul betul baik, dan tak semua yang kita anggap tak baik tu jahat. Dan orang yang menilai sendiri pun belum tentu baik. Manusia berbeza-beza dan semestinya tak sempurna. 

Aku tak pernah sangkakan cabaran dekat sini boleh tahan hebatnya. 
Memang. Mana ada jalan mudah untuk berjaya. 

dan tak ada jalan mudah juga untuk ke Syurga Dia. 





Doakan aku. 
Doakan kita semua.
Semoga Dia mudahkan urusan kita.
Semoga dengan rahmatNya, kita sentiasa berada diatas landasan yang betul. 
landasan yang Dia redha. 

Jangan bertangguh, bila disapa hidayahNya. 
Bila lagi kita nak tunggu untuk berubah? 
Sampai bila kita nak terus hidup dalam kegembiraan dan kelekaan dengan dunia seolah-olah
kita hidup di dunia selama-lamanya. 
Sedangkan masa kita terlalu singkat. Rebutlah peluang selagi Dia beri masa. 

Ujian tu pasti ada. 
Tapi ujian itu bukan melemahkan, bahkan menguatkan. 
Dan ujian itu juga mendekatkan. 
Mendekatkan kita, hamba dengan Penciptanya. 

--Pesanan buat diri juga.
Kerana aku bukan sempurna. Aku masih dalam usaha. 
Bila ada orang yang memberi nasihat, tak perlu tengok siapa orangnya, tapi ambil nasihatnya. 

Hati kita ni sebenarnya hajatkan nasihat dan tazkirah.
Sebagai peringatan buat diri kita.
Sebagai makanan buat hati-hati kita.

Semoga kita mampu beramal dengannya.
dan Semoga Allah redha. InsyaAllah.


Saturday 15 March 2014

Plus+ Minus-




Setiap orang berbeza-beza kelebihan dan kekurangannya. Sesuai dengan diri setiap orang. Sebab tu kita tak boleh nak senang-senang nilai seseorang dengan pandangan mata kasar kita yang selalu menipu ni.

Manusia tak sempurna. Kita tak boleh nak expect semua manusia terbaik. Sebab dah memang manusia tu tak sempurna.

Aku ada kenal seorang ni. Aku cuma nampak sedikit kekurangan dia. Tapi, Allah anuerahkan dia dengan banyak kelebihan lain sampaikan orang tak pandang pun dengan kekurangan dia. MasyaAllah.

Kadang-kadang, orang pandang kita baik, puji kita tinggi melangit, anggap kita hebat, hanya kerana Allah tutup segala aib kita dan tonjolkan kelebihan dan kebaikan kita.

Syukurlah kepada Allah. Teruskan buat kebaikan. Tambahkan keimanan. Improve diri kita. Dekatkan diri dengan Dia. Tegakkan semula Islam dalam diri kita dan ummah semua. Perjuangan tak kenal erti putus asa. Perjuangan perlukan pengorbanan Lillahitaala.

Kita umat Islam. Dan kita yang sepatutnya bertanggungjawab tunjukkan imej Islam yang baik.Jadi model Islam. Bukan tambah mencemarkan agama kita sendiri.




Pisah.







Dulu ;
Kita selalu gaduh. Even kau kawan baik aku. 
Ada je yang tak kena. Ada je yang salah.
Tak sehaluan. 

Nak jadi cerita, Allah takdirkan perpisahan. 
Kau belajar sekolah agama.
Aku duduk sekolah harian je. Kelas aliran agama. 

' Manusia mula belajar menghargai apabila,
 seseorang itu pergi dari hidupnya.' 

Kita jadi kawan jarak jauh. Tapi rapat. 
Tak gaduh lagi. Selalu tukar-tukar pendapat. 
Nikmat ukhwah yang terlambat kita rasa. 
Kadang-kadang terasa, menyesalnya tak hargai peluang yang ada dulu. 




Sekarang ;
Degan izin Allah. Dia temukan kita semula. 
Berada di satu sekolah yang sama.
Alhamdulillah, hubungan kita makin baik. 
Hargai setiap masa-masa kita. 
Semoga persahabatan ini kerana Allah.
Semata-mata kerana Dia. InsyaAllah.







Alhamdulillah. Sekarang aku nampak hikmahnya
disebalik perpisahan yang pernah berlaku dulu. 
; Semoga Ukhwah ini kekal hingga ke Jannah ;




Saturday 8 February 2014

Ukhwah kita.






Persahabatan adalah untuk selamanya.
Walaupun nanti, akan ada salah seorang
yang mungkin akan melupakan.


Ketahuilah,
Yang berpisah cuma jasad.
Hakikatnya kita masih berpijak pada bumi yang sama,
Pandang langit yang sama.
Tujuan hidup yang sama.
Dan sama-sama mengharapkan redha Yang Esa.


Semoga akan ada lagi pertemuan kita.
Pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang sebelum ini.
InsyaAllah :)


Hari ini, 
Kita mulakan haluan masing-masing.
Semoga kita jumpa lagi,
di mana-mana simpang yang diizinkan Dia.
Amin :)










Ukhwah tu takkan mati melainkan matinya 
doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain.- Mato-