Tuesday 25 November 2014

Novel Cinta Sampai Syurga.

Bismillahirahmanirahim.

Bila kita letakkan diri kita sebagai orang Al-Quran,
Kita rasa dan sedar yang kita sedang bawa Al-Quran.
Kita akan sentiasa jaga diri kita.
Sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tindakan kita.
Elakkan daripada buat kemungkaran.
Dan sentiasa usaha untuk tambahkan amalan.



-- Sebab kita tahu, pandangan orang pada kita, 
sebagai 'orang-orang Al-Quran'.
Kita tahu yang kita sedang bawa sesuatu yang mulia., sesuatu yang suci.
Takut kita jadi fitnah.
Sebab sesuatu yang suci, takkan senang-senang masuk dekat tempat yang kotor.



Tak rugi aku sengaja isi air dekat water cooler malam tu slow-slow. Dapat aku dengar perkongsian seorang ustazah dekat budak-budak ulul albab ni. 





Bacalah Al-Quran.
Fahamkan makna. 
Sebab-sebab turun ayat. 

Serius. Tak rugi pun.
Sikit pun tak,
Semoga Allah redha dengan kita :)


Saturday 1 November 2014

Dunia.








Dunia. 
Kadang-kadang dunia ni menakutkan.

Dekat dunia, kita akan jumpa ramai orang; dengan macam-macam ragam yang kita tak sanggup pun nak hadap. Kita akan jumpa macam-macam benda yang mendorong kita untuk benda yang Allah larang. Memang dekat dunia ada je benda-benda yang baik. Tapi memang manusia lebih cenderung untuk nampak keburukan berbanding kebaikan. Dunia yang penuh dengan tipu-daya, dan kita lah orang yang tertipu tu. 





Betul. Kadang-kadang rasa tak tahan nak duduk dekat dunia. Nak buat baik, ada je halangan. Buat jahat senang pulak. Siap ramai geng lagi yang jadi penyokong; sama ada yang nampak atau tak nampak. 

Itulah ujian kita. Mana ada orang yang kata dia beriman, tapi tak diuji. Allah nak tengok kesungguhan kita. Sejauh mana usaha kita, untuk betul-betul mengabdikan diri dekat Dia.Untuk betul-betul dekatkan diri dengan Dia. Sejauh mana usaha kita di dunia, untuk kehidupan akhirat kita. 

Dunia ni cuma wasilah, untuk sampai ke negeri akhirat. Dunia ni tempat untuk kita menanam, dan akhirat nanti, tempat kita tuai hasil yang kita tanam di dunia. Kita tak mampu nak lari dari halangan-halangan dunia. Kita takkan mampu lari dari ujian-ujian yang akan wujud depan mata kita. Untuk kita sampai ke syurga, memang kita memerlukan dunia. 





Bukan nak salahkan dunia.
Sebab point penting dekat sini bukan nak cerita pasal teruknya dunia.
Tapi tentang macam mana kita isi kehidupan kita dekat dunia.
Baik atau buruk, terpulang kepada pilihan kita. 

Kalau seseorang tu, bersungguh untuk dapatkan sesuatu, 
Dia akan usaha. 

Walaupun tengah hujan lebat, kalau dia tak ada payung, dia tetap sanggup nak redah. 
Biarlah demam pun. 
Dia tetap akan usaha. 

--  Tanpa alasan. 


Doalah pada Allah. 
Semoga Dia bagi kita kekuatan, untuk berhadapan dengan ujian-ujian dunia. 
Semoga ujian-ujian tu buat kita makin dekat dengan Dia, bukan menjauhkan. 
Menguatkan bukan melemahkan. 


Teruslah buat kebaikan.
Usahalah buat kebaikan.
Dunia ni sekejap je. 


Sekejap sangat.