Thursday 21 February 2013

Dakwah BUKAN kerja Ustaz dan Ustazah.




Assalamualaikum.






A :  Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Jaga diri sendiri sudahlah.
B :  Tak payah lah kau nak berceramah dekat aku macam ustaz/ustazah. Kau tu macam baik sangat. 
C :  Siapa kau nak tegur-tegur aku ni? Mak bapak aku pun tak sibuk hal aku. 




... dan macam -macam lagilah kata-kata tak sedap di dengar yang dilemparkan kepada golongan yang cuba untuk menasihati mereka. 





  Alahai,  mereka tu tegur untuk kebaikan kita juga. Kita ni kan manusia yang tak pernah lari dari melakukan silap. Hakikatnya diri kita ni memang perlukan bimbingan atau peringatan untuk kita terus melakukan kebaikan. Kata nak jadi Hamba Soleh/Solehah ? 


  Aku akui, aku bukan seorang yang baik. Aku juga manusia biasa sama seperti orang lain. Tak lebih dan tak kurang. Tapi, dakwah itu bukan tanggungjawab ustaz atau ustazah saja. Sesiapa saja boleh berdakwah. Dakwah adalah tanggungjawab kita bersama untuk membawa manusia kembali mendekati Allah. Bawa kita kedalam suatu keindahan yang kita tak pernah rasa. Sambil kita berpesan-pesan kearah kebaikan, dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk beramal dengan setiap perkara yang kita dakwahkan. Sama-sama kita mendamba cinta abadi dari Dia. Cinta yang tak pernah mengecewakan kita. SubhanAllah, kan seronok tu? 


Kepada mereka yang pernah dinasihati, ditegur, di 'ceramah' dan sebagainya. Kami saling ingat-mengingati atas rasa sayang kami kepada kalian. Bila dah sayang, takkan nak biarkan orang yang kita sayang itu dihumban kedalam neraka Jahannam? Naudzubillah. Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara sedemikian. 


Hidup kita dekat dunia ni sementara. Tak ada apa yang boleh nak dibandingkan dunia yang sementara ni dengan kehidupan kita didalam syurga yang abadi. Syurga itu terlalu indah. Lebih indah dari infinity. Cuma yang peliknya, masih ramai yang seolah-olah tidak mahu masuk kedalam syurga. Bila ditanya mahu masuk ke dalam syurga atau tak, pasti jawapannya ya. Tapi masih leka lagi mengejar dunia. Harap-harap, kita tak termasuklah dalam golongan yang macam tu. Kita sama-sama berusaha untuk baiki diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Inshaa Allah^^

















 Andaikan aku bisa mengharap,
melihat orang yang dikenal dan tidak dikenal,
kembali kepada Tuhan,
dan mendapat cahaya Tuhan :)

-- Makrifat Cinta




No comments :

Post a Comment