Friday, 22 November 2013

Kamu,








Kawan, tolonglah berhenti anggap diri kamu lemah. Kita semua manusia. Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita sama. 

kurang ilmu agama, bukan alasannya. Ilmu Allah tu tak pernah habis. Yang penting usaha. Ilmu yang sikit, kalau disertai dengan amal, itu lebih baik. Apa guna banyak ilmu, tapi tak beramal. Kan? Mungkin kau beramal, dengan ilmu kau yang kau kata sedikit itu. Sekarang, kau lebih hebat :)

Aku percaya. Satu hari nanti, kau akan muncul, jadi seseorang yang hebat. 

Hebat peribadi. Hebat ilmu agama. Hebat hubungan dengan Pencipta. 
Biiznillah. InsyaAllah. Amin.




-- Psst, kalau aku percayakan kau. 
Kenapa tidak kau percaya dengan kebolehan diri kau? 





Semoga terus-terusan berjaya, Kawan. 
Aku ada, sokong kau dari jauh. 
Kecuali kalau Allah tarik nyawa aku lah. Waktu tu, takboleh buat apa dah. (Y)



--' kalau kau terasa.
Post ni memang aku tuju untuk kau. 
Eh? :D









Thursday, 21 November 2013

Sayang, tinggal-tinggalkan. Eh?







' Tinggalkan sesuatu yang kita suka atau sayang, untuk sesuatu yang Allah lebih sayang. Akan datang, mungkin Allah akan pulangkan semula, apa yang telah kita tinggalkan, kalau itu yang paling baik untuk kita. Ataupun, Dia akan gantikan sesuatu yang kita tinggalkan itu dengan sesuatu yang lebih baik.  '

Aku masih lagi berkira-kira, untuk tinggalkan sesuatu yang aku sayang, untuk cari sesuatu yang hilang. Diri aku yang hilang. Hakikatnya jasad aku ada. Tapi hati aku? Kalaulah aku boleh gantikan hati aku dengan hati yang baru, memang dah lama aku buat. Tapi memang dah sah mengarut. 



Kalau fikir-fikir balik, apalah sangat sesuatu yang aku nak tinggalkan tu, dengan apa yang selama ni Allah bagi dekat aku. Aku yang tulis, memanglah senang. Tapi nak bila nak buat tu, Allah. Allah jelah yang tahu macam mana rasanya. Pengorbanan weh, Pengorbanan. 




Apa salahnya pengorbanan? Selama kau hidup menumpang dekat muka bumi Allah ni, apa je pengorbanan yang kau dah buat? Apalah nilai pengorbanan tu, kalau nak dibandingkan dengan kepastian nikmat Syurga yang Dia janjikan. Apalah nilai pengorbanan yang sedikit tu, kalau nak dibandingkan dengan cinta yang Dia berikan. Kasih sayang Dia, yang takkan pernah tertanding. Allah. 



Kadang-kadang bila sampai tahap aku terlalu gembira. Gembira dalam kelekaan dan kelalaian aku sendiri, aku jadi terdiam sekejap. Diam dan berfikir. Dalam gelak tawa aku bicara tentang hal-hal dunia, ada insan sebaya aku yang sedang menangis, gelisah mengenang segala dosa-dosa. Ada remaja yang sedang bersungguh-sungguh mencari masa untuk sujud kepada penciptaNya. Allah. Waktu tu, mati terus rasa gembira. Kalau masih boleh senyum pun, hanya mampu tersenyum pahit je. Apa bezanya aku dan dia? Aku remaja, dia juga remaja. Yang bezanya hati. Hati dia sarat dengan cinta Pencipta. Aku? Penuh dengan cinta dunia yang tak kekal lama. Astaghfirullahalazim.



Aku tahu, dekat luar sana ada ramai Abdullah Mujahid dan Mujahidah yang sedang berjuang habis-habisan, berperang dengan nafsu masing-masing, agar mereka tidak mudah terperdaya dengan tipu daya syaitan dan tipu daya dunia yang akan semakin menyesatkan mereka, dan menjauhkan diri mereka dari Allah, Kekasih abadi mereka. Takkan aku hanya nak tengok dan duduk diam-diam? Aku nak sertai mereka. Sebab aku tahu, sekali aku mulakan langkah, aku tak akan rugi sikit pun. 



Satu pesanan.
Kawan, kalau tiba-tiba kau rasa aku macam hilang. Tak kisah sama ada hilang dari pandangan, ataupun fikiran. Tak perlu risau. Sebab aku masih ada. Ada dari jauh, untuk terus sokong kalian. Cuma aku perlu masa. Nak cari diri aku semula. Nak baiki hubungan aku dengan Dia. Aku sedang cuba melangkah ke satu destinasi, yang aku tahu aku tak akan rugi. Menuju Dia, Allah Yang Esa. Dan aku harap, kamu pun akan melangkah ke jalan yang sama. Sebab aku sayang, dan aku harap kita boleh sama-sama bertemu Dia. Masuk ke dalam SyurgaNya. InsyaAllah. 













-- Aku remaja. Aku sedang mencuba.
Hajat doa kalian.Kerana dengan senjata doa,
buat aku semakin kuat.
; Izinkan aku mencari cinta dan redha Penciptaku.







Friday, 15 November 2013

Smile :)




Rafiq Maqboo


Fathi oh Fathi. Kadang-kadang kau kena belajar. Belajar untuk gembirakan hati kau sendiri.Walaupun waktu tu hati kau tengah sakit. Sakit yang orang lain mungkin tak rasa macam yang kau rasa. Abaikan.
Kau masih boleh buat sesuatu yang kau suka. Sesuatu yang boleh buat kau gembira.

Majid Saeedi

Sebabnya, kau kena faham satu perkara. Orang sekeliling kau, belum tentu boleh buat kau gembira. Aku tak cakap tak boleh langsung. Cuma, belum tentu. Kadang-kadang lagi buat kau sakit hati adalah. Bukan nak sangka buruk. Tapi itu yang kau alami. Jadi, dari sekarang kau kena belajar gembirakan diri kau sendiri.


Muhammed Muheisen

Dan yang terakhir, kau kena sentiasa tenang. Ingat yang kau tak pernah dan tak akan pernah bersendirian. Allah tu sentiasa ada dengan kau. Sentiasa. Kadang-kadang kau kena ingat, macam-macam ujian yang kau hadapi, teruk macam mana pun kau rasa, ada insan lain yang mungkin rasa lebih teruk dari kau. Kunci dia sekarang, kau kena terus tenang dan sabar. Macam mana nak tenang? Ingat Allah banyak-banyak. Senyum.






-credit pic_artofdakwah